fbpx

Femke Bol tekad bangkit tebus maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOL (kanan) terjatuh kurang lima meter daripada garisan penamat dalam aksi final 4x400m campuran pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Belanda terlepas dua pingat emas dalam keadaan yang penuh dramatik pada saingan hari pertama Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary awal pagi semalam.

The Oranje hampir berjaya meraih pingat emas dengan rekod dunia baharu 4×400 meter (m) campuran tetapi impian itu musnah selepas pelari terakhir kuartet itu, Femke Bol terjatuh kurang lima meter daripada melintasi garisan penamat.

Pelari keempat Amerika Syarikat (AS), Alexis Holmes mengambil kesempatan dengan memintasnya untuk menyambar pingat emas acara itu dengan rekod dunia baharu menerusi catatan tiga minit 8.80 saat (s).

Lebih malang, Bol yang juga pemegang rekod 400m wanita dunia, tidak dapat menamatkan perlumbaan sekali gus memboleh­kan Great Britain dan Republik Czech meraih perak dan gangsa menerusi masa 3:11.06s serta 3:11.98s.

BOL (kanan) terjatuh kurang lima meter daripada garisan penamat dalam aksi final 4x400m campuran pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 awal pagi semalam. – AFP

“Saya mengalami kekejangan ketika bersaing sengit dengan pelumba (Holmes) di sebelah saya. Kemudian saya rebah di atas trek.

“Saya memulakan larian de­ngan sangat baik tetapi tidak pada dua meter terakhir. Saya bernasib baik kerana masih ada acara untuk saya menebus kekecewaan ini,” kata Bol.

Nasib malang turut dialami juara Olimpik dari Belanda, Sifan Hassan yang terjatuh ketika mendahului perlumbaan akhir 10,000m wanita pada saingan di Stadium Olahraga Nasional awal pagi semalam.

Ia sekali gus membolehkan Ethiopia menyapu bersih tiga pingat dalam acara itu melalui Gudaf Tsegay, Letesenbet Gidey dan Ejgayehu Taye. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI