fbpx

Dua mangsa kes tembakan Setiu positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SETIU – Suspek yang dipercayai menyerang dan melepaskan tembakan terhadap tiga pekerja syarikat peminjam wang di Penarik pada Khamis lalu telah dikenal pasti dan kini dalam buruan polis.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin, operasi mengesan suspek sedang giat dilakukan dengan bantuan ibu pejabat polis daerah (IPD) lain

“Dua daripada tiga mangsa yang direman sejak Jumaat lalu didapati positif dadah. Mereka akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seorang lagi akan dihantar ke IPD Kota Bahru, Kelantan. Dia merupakan individivu kehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah di daerah tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini

Kosmo! Online pada Khamis lalu melaporkan tiga pekerja syarikat pinjaman wang berusia 24 hingga 36 tahun diserang sekumpulan individu yang menaiki dua kenderaan sebaik tiba di belakang sebuah pasar di Kampung Rhu Sepuluh, Rhu Sepuluh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI