fbpx

Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE akhirnya menarik nafas lega apabila memperoleh hak jagaan penuh dua anaknya, Muhammad dan Aurora.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan hak penjagaan penuh dua anak pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8, diberikan kepada aktres terbabit.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana berkata, anak guamnya mendapat hak jagaan penuh dan perkara itu turut mendapat persetujuan bersama pihak defendan iaitu Farid.

Perincian tersebut diputuskan dalam prosiding tuntutan hadanah di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa hari ini.

“Semuanya telah diselesaikan secara baik hari ini dan semua perjanjian antara kedua-dua belah pihak telah dijadikan terma-terma mahkamah.

“Hari ini adalah (prosiding) untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu, selepas ini tiada apa-apa lagi.

“Hak penjagaan dapat kepada ibu (Diana). Lain-lain terma adalah sulit, manakala terma lain kita sudah selesaikan secara global (menyeluruh),” katanya kepada Kosmo! selepas prosiding tuntutan hadanah.

Sementara itu, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, enggan mengulas lanjut mengenai hak penjagaan tersebut.

“Saya tiada apa nak cakap mengenai prosiding hari ini. Benda yang sama sahaja. Pihak peguam saya akan kongsi semuanya,” jawabnya ringkas.

Pada 23 Mac lalu, Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya. Farid juga perlu menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam bekas isterinya, sekiranya mahu bertemu anak-anak.

Farid Kamil, 42, dan Diana bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini pada 10 Ogos lalu.

Lafaz cerai itu dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI