fbpx

Datuk K mohon guna ‘spec hitam’ ketika beri keterangan, baru lepas bedah mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk K ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. -Foto oleh AMIN AZMAN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Peguam, Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon kebenaran mahkamah supaya saksi pembelaan kelapan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memakai cermin mata hitam ketika berada dalam kandang saksi.

Hamidi membuat permohonan itu kepada mahkamah kerana Khalid atau dikenali sebagai Datuk K itu baru selesai menjalani pembedahan dan mempunyai masalah mata kering.

“Ini kerana, Datuk Khalid mempunyai masalah mata dan memerlukannya untuk memakai cermin mata gelap,” katanya.

Hakim: Adakah perlu (pakai cermin mata) buat masa ini?
Hamidi: Mata dia (Khalid) menjadi kering apabila terkena cahaya, untuk maklumat lanjut, perlu bertanya sendiri kepada Datuk Khalid.

Khalid: Saya baru buat (pembedahan) mata, jadi menyebabkan mata saya kering dan kadang-kadang berair apabila terkena cahaya, saya boleh buka (cermin mata) ini jika mahkamah arah, tapi saya tidak begitu selesa.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi.

Terdahulu Khalid, 64, yang juga suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai tiba di Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.46 pagi dan akan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan.

Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Ahmad Zahid, 70, selesai mengemukakan keterangan bela diri yang mana keterangan itu telah didengar selama 17 hari bermula 13 April tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid didakwa terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI