fbpx

Bomoh ular meninggal dunia dipatuk tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosandi dipatuk ular tedung ketika melakukan persembahan dengan reptilia itu di Desa Cisrua pada Jumaat lalu. - Foto Kolase Tribunnews

JAKARTA – Seorang bomoh ular, Rosandi Maulana meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung semasa  majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-78 di Desa Cisarua, Jawa Barat pada Jumaat lalu, lapor portal berita serambinews.com

Ketika kejadian, dia yang berumur 63 tahun sedang melakukan persembahan dengan dadanya terdedah bersama seekor ular tedung sepanjang  3.5 meter dan berat lapan kilogram (kg) di hadapan sejumlah penonton.

Bagaimanapun, dia yang juga dikenali sebagai Bah Kobra kemudian terbaring dan mengalami kesukaran bernafas manakala terdapat individu menghubungi pasukan perubatan, menyebabkan ambulans tiba di tempat kejadian. 

Dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi kemudian meninggal dunia.

Andrian Saputra iaitu ketua sebuah pertubuhan persaudaraan, Paguyuban Seni Cisarua menyatakan bomoh itu dipatuk ular di bahagian lengan kirinya ketika melakukan pertunjukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI