fbpx

Addeen juara Terbuka Costa North Coast 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADDEEN (kanan) menjuarai Terbuka Costa North Coast di Australia selepas menewaskan lawan dari India semalam. - Professional Squash Association

PETALING JAYA – Pemain skuasy negara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar menampilkan aksi memukau dalam perlawanan akhir TerAddeen juara Terbuka Costa North Coast 2023buka Costa North Coast di New South Wales, Australia semalam untuk bergelar juara.

Addeen yang turun sebagai pilihan pertama berjaya menumpaskan pemain India, Velevan Senthilkumar dengan keputusan 11-8, 11-2, 11-9 dalam tempoh 35 minit.

“Apa yang saya telah lakukan sepanjang kejohanan ini dan aksi final semalam adalah saya benar-benar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada strategi permainan saya dan cuba untuk lebih disiplin mengikutinya.

“Dari segi persediaan mental untuk perlawanan final adalah amat positif dan ia merupakan perlawanan yang amat sukar biarpun saya menang dengan keputusan 3-0,” kata Adden.

Malaysia hampir membawa pulang gelaran berganda dalam saingan wanita, namun Chan Yi Wen kecundang di tangan pemain India, Tanvi Khanna dengan keputusan 11-7, 10-12, 10-12, 8-11 dalam tempoh 39 minit.

Selepas ini, Addeen bakal mengharungi satu lagi kejohanan iaitu Kejohanan Trofi Tuanku Mukhriz yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos ini di Seremban, Negeri Sembilan.

Addeen bakal turun berentap di kejohanan itu sebagai pemain pilihan ketiga, bersama-sama juara kebangsaan 2023, Ivan Yuen sebagai pilihan keempat kejohanan.

“Saya masih ada satu lagi kejohanan PSA di Seremban selepas ini yang akan bermula pada 23 Ogos.

“Saya mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama jadi masih ada masa untuk saya mempersiapkan diri dan kemudian latihan sepenuhnya untuk Sukan Asia Hangzhou,” tambah Adden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI