fbpx

[VIDEO] 13 jam padam kebakaran enam kilang tilam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang pembuatan tilam musnah akibat kebakaran petang semalam.- Foto BOMBA

SUNGAI BULOH – Anggota bomba mengambil masa hampir 13 jam bagi memadamkan kebakaran enam kilang pembuatan tilam di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, yang terbakar sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran bermula sekitar pukul 4 petang semalam.

“Sepasukan anggota bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Seksyen 7, BBP Puchong dan BBP TTDI dari Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bersama jentera tiba di lokasi kebakaran tepat pukul 5 petang. Kebakaran berjaya dikawal pukul 6.05 petang dan tidak membabitkan kemalangan jiwa,”katanya dalam kenyataan pagi ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak enam buah kilang pembuatan peralatan perabot terbakar di Jalan 71, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, semalam.

Menurut Md Razali, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang.

Katanya, sebanyak sembilan buah jentera serta sepasukan anggota keluaran BBP Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Dimaklumkan terdapat kebakaran melibatkan enam buah kilang pembuatan peralatan perabot.

“Proses pemadaman sedang dijalankan pada masa ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, setakat ini tiada mangsa direkodkan terlibat dalam kebakaran itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI