fbpx

10 ADUN angkat sumpah sebagai Exco Kedah di Istana Anak Bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Naib Canselor UUM, Haim Hilman mengangkat sumpah sebagai Exco Kedah di Istana Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Majlis tersebut dimulakan dengan angkat sumpah oleh ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali diikuti ADUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Samat; ADUN Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah; ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad dan ADUN Kuala Nerang, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria.

Lima lagi ADUN yang turut mengangkat sumpah sebagai Exco adalah ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria; ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani; ADUN Kubang Rotan, Datuk Salleh Saidin; ADUN Alor Mengkudu, Muhamad Radhi Mat Din dan ADUN Kulim, Wong Chia Zhen.

Pelantikan itu menyaksikan hanya tiga Exco yang dikekalkan dari penggal lalu iaitu Siti Ashah, Halimaton dan Mohamad Yusoff @ Munir.

Daripada segi pembahagian mengikut parti pula, Pas memiliki tujuh Exco termasuk Menteri Besar, diikuti tiga dari Bersatu (Halimaton, Salleh Saidin dan Dzowahir) serta seorang dari Gerakan (Chia Zhen).

Sementara itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memegang lapan portfolio di bawahnya iaitu Perancang Negeri, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar serta Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains.

Siti Ashah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan manakala Mohd. Azam pula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan.

Haim Hilman yang merupakan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi.

Halimaton pula terus diberi kepercayaan untuk memegang portfolio hampir sama dengan penggal sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Perpaduan, Keluarga dan Masyarakat.

Begitu juga dengan Mohamad Yusoff @ Munir yang diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar.

Sementara itu, Mansor yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kedah diberi amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan.

Dzowahir dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perladangan dan Pengangkutan; Mohd. Salleh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Keusahawanan manakala Chia Zhen yang juga Pengerusi Perhubungan Gerakan Kedah, diberi mandat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut diberi peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI