fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: ‘Langit ini tidak akan sama lagi untuk saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongisan juruterbang tersebut.

PETALING JAYA – Seorang juruterbang berkongsi momen hiba dan duka apabila tidak dapat menahan sedih ketika membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Dalam satu hantaran di akaun TikTok miliknya berkata, nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam turut memberi kesan kepadanya yang juga sering menggunakan laluan pendaratan yang sama.

“Taman Elmina ini berada tepat di bawah laluan mendarat Subang. Petang kalau landing (mendarat) pasti boleh nampak orang joging dan beriadah di situ.

“Elmina will never be the same for me (Elmina tidak akan sama lagi untuk saya). This landing is for all of you (pendaratan ini adalah untuk anda semua). Al-Fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata orang ramai turut berkongsi hiba dengan kejadian yang menyayat hati tersebut di ruangan komen.

“Sedih sangat dengan tragedi ini sebab semua ketua keluarga sedang mencari rezeki. Moga syurga buat mereka,” tulis Fatimah.

“Elmina kawasan yang cantik dan tenang. Tadi lalu Lebuh Raya Guthrie pun boleh rasa sayu,” kata Haruman.

“Tempat selalu kami ‘workout’ (bersenam) dekat Taman Elmina. Sangat terasa, al-Fatihah untuk semua mangsa. Semoga roh mereka bersama-sama di taman syurga,” ujar Lynn. – KOSMO ONLINE

@mrturboprop Elmina will never be the same for me anymore. This landing is for you. #elmina #rip #alfatihah ♬ Sad and lonely – MoppySound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI