fbpx

Piala AFF B-23: Tierney puas balas kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIERNEY muncul wira skuad B-23 negara selepas meledak dua gol ketika menewaskan Indonesia 2-1 pada aksi Kumpulan B Piala AFF B-23 2023.

WIRA skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Fergus Tierney tidak dapat menyembunyikan kepuasannya apabila mampu membalas kepercayaan yang diberikan oleh pengendali pasukan E. Elavarasan.

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu meledak kedua-dua gol skuad negara untuk ketika pamer kebangkitan untuk tewaskan Indonesia 2-1 pada pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23 2023 di Stadium Rayong, Thailand, kelmarin.

“Pada awalnya, kami lihat kumpulan ini agak sukar tetapi saya tetap percaya dengan pasukan dan pada akhirnya kami mampu melakukan tugas dengan baik. Indonesia cukup kuat kerana mereka hadir sebagai pemenang pingat emas Sukan SEA.

“Jurulatih ada beritahu yang saya kena bersedia untuk dimasukan pada babak kedua bagi berikan impak kepada pasukan. Akhirnya perancangan jurulatih menjadi,” katanya.

Terdahulu, segalanya sempurna buat skuad Garuda apabila membuka jaringan menerusi Ramadhan Sananta pada minit ke-29, namun anak buah Elavarasan pamer kebangkitan dengan menyaksikan Tierney meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-54 dan 62.

“Sudah pasti kami hormati Indonesia sebagai juara Sukan SEA namun kami lebih bernasib baik dengan memiliki peluang di babak kedua. Ini adalah usaha daripada pemain sendiri yang gandakan asakan selepas kita ketinggalan,” kata Elavarasan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI