SEPANG – Satu majlis tahlil ringkas diadakan di kediaman Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim, 45, di Desa Pinggiran Putra, di sini sementara menantikan ketibaan jenazah.
Majlis itu disertai lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan arwah Heikal yang mula berkumpul di kediaman itu sejak 9 pagi tadi.
Difahamkan, jenazah Heikal masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dijangka dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk disembahyangkan.
Seterusnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya pada tengah hari nanti.
Arwah Heikal adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang maut nahas dalam pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam, petang Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE