fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Sharipuddin tiba di Masjid Sultan Hisamuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Sharipuddin tiba di Masjid Sultan Hisamuddin untuk disolatkan sekali lagi sebelum dikebumikan. - Foto oleh KAMARIAH KHALIDI / KOSMO!

SEPANG – Jenazah pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 51, yang maut dalam nahas pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam Khamis lalu tiba di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini untuk disolatkan sekali lagi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham Sharipuddin tiba pada pukul 12.17 tengah hari dengan diiringi kenderaan polis pengiring dan kemudiannya disambut oleh saudara-mara, kenalan termasuk penduduk setempat.

Turut mengiringi jenazah dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang adalah isterinya Suriana Muda.

Imam rawatib Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Ustaz Saudi Jusoh mengimamkan solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak berhampiran masjid bagi urusan pengebumian.

Terdahulu, sebelum dibawa pulang ke lokasi pengebumian masing-masing, kesemua jenazah dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan solat jenazah.

Kesemua sembilan jenazah nahas pesawat Beechcraft Model 390 diserahkan kepada waris dan ahli keluarga bermula pukul 9 pagi hari ini melibatkan juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 tahun dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim (45). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI