fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Mohammad Taufiq selamat dikebumikan di Ukay Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana pengebumian jenazah Mohammad Taufiq di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang sebentar tadi.

AMPANG – Jenazah Mohammad Taufiq Mohd. Zaki selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini sebentar tadi.

Jenazah pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun itu tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari diringi lebih 150 orang kenalan dan ahli keluarga.

Terdahulu, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Bukit Indah, Ampang di sini untuk solat jenazah kali kedua oleh ahli keluarga dan kariah di kawasan tersebut.

Sebelum ini, jenazah Mohammad Taufiq telah sembahyangkan Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.

Mohammad Taufiq antara mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Allahyarham meninggalkan isteri dan empat anak berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Terdahulu Kosmo! sebelum ini melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas tersebut.

Kesemua mangsa yang maut adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 dan Heikal Aras Abdul Azim (45).

Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Mohammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).

Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin Shaari (51). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI