fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Khairil Azwan selamat tiba di Felda Mempaga 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Khairil Azwan tiba di rumah bapanya di Felda Mempaga 1 di Bentong hari ini.

BENTONG – Jenazah Allahyarham Khairil Azwan Jamaludin, 43, salah seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu tiba di pekarangan rumah ibu bapanya di Felda Mempaga 1 kira-kira pukul 12.55 tengah hari tadi.

Jenazah disembahyangkan di rumah ibu bapanya dengan diimamkan anak sulungnya sebelum dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mempaga 1, hari ini.

Allahyarham merupakan antara sembilan jenazah yang dibawa keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) setelah selesai kesemua urusan mengenalpasti identiti melalui asid deosiribonukleik (DNA).

Keluarga Allahyarham turut menerima kunjugan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Najib.

Penantian waris dan ahli keluarga nahas pesawat Beechcraft Model 390 bagi penyerahan jenazah berakhir apabila kesemua baki sembilan mayat diserahkan pada hari ini.

Lapan mangsa lain selain Khairil Azwa adalah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun (53); Muhammad Taufik Mohd. Zaki (37): Shaharul Amir Omar (49); Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi (35) dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41 serta juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim (45).

Seorang lagi adalah pemandu aplikasi E-hailing, Sharipudin Shaari (51). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI