fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Allahyarham Heikal tiba di kediaman keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas isteri Allahyarham Heikal Aras serta tiga anaknya tidak dapat menahan sebak sejurus jenazah tiba di kediaman keluarganya di Desa Pinggiran Putra, di sini sebentar tadi.

SEPANG – Hujan gerimis menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim, 45, di kediaman keluarganya di Desa Pinggiran Putra, di sini kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi.

Jenazah tiba dengan van jenazah sambil diiringi kenderaan peronda polis sebelum disambut oleh ahli keluarga arwah termasuk ibu bapanya, Abdul Azim Aras, 76, Noorhizan Mohd. Salleh, 68, selain bekas isteri dan tiga anaknya.

Turut hadir memberi penghormatan sanak saudara arwah, ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan arwah yang tiba di kediaman arwah sejak 9 pagi tadi.

Terdahulu, satu majlis tahlil turut diadakan di perkarangan kediaman arwah sementara menunggu ketibaan jenazah.

Sebaik tiba, jenazah turut disolatkan dengan diimamkan sendiri abang sulung arwah, Husnein Aras, 46.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya tengah hari ini.

Terdahulu, jenazah di bawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira 11 pagi tadi sebelum di bawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk disembahyangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI