fbpx

Nahas Elmina: Hujan lebat iringi perjalanan terakhir Shahrul Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balu dan anak-anak Allahyarham menaburkan bunga di atas pusara Shahrul Kamal sebaik sahaja selesai dikebumikan.

HULU KELANG – Hujan lebat mengiringi perjalanan terakhir jenazah juruterbang pesawat peribadi Beechcraft 390 (Premier 1), Allahyarham Shahrul Kamal Roslan yang terkorban dalam nahas pesawat peribadi di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketika pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, di sini hari ini.

Jenazah kemudian selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Azli.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang sebaik sahaja dituntut oleh ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Jenazah Allahyarham Shahrul Kamal kemudian dibawa ke kediamannya sebelum dibawa Masjid Kampung Klang Gate Baru bagi solat jenazah kali kedua dan tiba di tanah perkuburan pukul 2.03 petang.

Shahrul Kamal yang merupakan menantu kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 12 hingga tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI