KLANG – Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini menjadi tumpuan bagi proses penyerahan jenazah nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1).
Setakat pukul 8 pagi, waris dan ahli keluarga nahas tersebut telah hadir di khemah khas yang disediakan di pekarangan hadapan Jabatan Forensik HTAR.
Turut telah hadir adalah lebih 25 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bagi membantu kelancaran sepanjang perjalanan jenazah.
Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan baki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian akan diserahkan secara berperingkat bermula pukul 9 pagi.
Ini selepas padanan dapat dilakukan terhadap semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Difahamkan, satu sidang akhbar berkaitannya akan dibuat Hussein pukul 9 pagi ini. – KOSMO! ONLINE