fbpx

Nahas Elmina: Beberapa pemilik dascham sudah beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di HTAR hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Polis Selangor telah mengambil keterangan daripada beberapa pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya meminta mana-mana saksi lain untuk turut tampil bagi membantu siasatan tersebut.

“Ini bagi mengukuhkan dan melengkapkan siasatan berhubung nahas tersebut.

“Walau bagaimanapun, polis menyiasat mengikut laporan mati mengejut manakala Biro Siasatan Kemalangan Udara akan selesaikan berkaitan nahas itu,” katanya pada sidang akhbar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI