fbpx

Nahas Elmina: 9 jenazah disolatkan empat peringkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Farhan mengimamkan solat jenazah bagi Muhammad Taufik, Khairil Azwan dan Sharipudin di Masjid Ar-Rahimah Klang hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Prosedur pengurusan solat sembilan jenazah nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) dilakukan dalam empat peringkat di Masjid Ar-Rahimah di sini, hari ini.

Ia dimulakan menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang diimamkan salah seorang anaknya.

Solat jenazah secara serentak kemudiannya dilakukan bagi Muhammad Taufik Mohd. Zaki, Khairil Azwan Jamaludin dan Sharipudin Shaari sebelum disusuli untuk Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi dan Shaharul Amir Omar.

Lima jenazah tersebut disolatkan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya ini.

Peringkat akhir bagi solat tersebut melibatkan idris Abdul Talib @ Ramali, Shahrul Kamal Roslan dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim yang disempurnakan salah adik kepada Allahyarham Shahrul.

Kesemua solat jenazah tersebut bermula pukul 10.15 pagi hingga 12.25 tengah hari.

Dianggarkan antara 50 hingga 100 jemaah bersama-sama menunaikan solat bagi setiap peringkat tersebut sebagai penghormatan terakhir kepada mangsa nahas pesawat tersebut.

Setiap jenazah kemudiannya dihantar ke destinasi pilihan keluarga di sekitar Sepang, Gombak, Putrajaya, Manjong di Perak dan Bentong Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI