fbpx

Lebih 500,000 pelajar sekolah pamer kecintaan kepada institusi diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) mencemar dulu menghadiri Program Menyamai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Hari Bulan Kemerdekaan 2023 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Rafaa Ahmad Muneer dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian berjaya merangkul kemenangan dalam Pertandingan Akhir Pidato kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas yang diadakan di sini semalam.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke pertandingan tersebut dan menyampaikan hadiah kemenangan berupa tunai RM750, piala dan sijil kepada Rafaa serta pemenang lain.

Pertandingan itu adalah ilham dan dianjurkan bersama oleh Dewan Negara Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan sokongan Sultan Nazrin, untuk menjadi sebahagian daripada Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 melibatkan sekolah-sekolah di negeri itu.

Muhammad Asyraf Rosman dari SMK Buyong Adil pula berjaya ditabalkan sebagai johan pidato kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Atas dengan berjaya membawa pulang tunai RM750, piala dan sijil.

Sofea Jasmin Samrizat Sazli dari Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dan Kok Yu Tian dari SMK Idris Shah masing-masing diumumkan sebagai naib johan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Atas dengan membawa pulang tunai RM600, piala dan sijil.

Sementara itu, Muhammad Haziq Mohd Rathoshukri dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Khor Sheng Zhong dari SMK St. George berjaya mendapatkan tempat ketiga kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Atas dengan membawa pulang tunai RM500, piala dan sijil.

Beberapa pemenang kategori lain turut diumumkan termasuklah pertandingan pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah Rendah, Menulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Melukis Poster, Melukis Karikatur, Menulis Sajak dan Bicara Berirama.

Sebahagian pertandingan turut dipecahkan kepada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas.

Yang turut menghadiri program ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Program kali ini yang merupakan tahun keempat dianjurkan dengan penglibatan 564,281 penyertaan.

Mengulas tentang pertandingan, Fahmi berkata, pihaknya kagum dengan penganjuran tersebut kerana berjaya mengumpulkan jumlah penyertaan yang tinggi.

Tambahnya, beliau berbincang dengan Menteri Pendidikan untuk merangka bagaimana penganjuran yang serupa boleh dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

“Kita dapat saksikan bagaimana anak-anak muda dari peringkat bangku sekolah menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada institusi diraja dan kepentingan institusi tersebut yang bukan hanya kepada perpaduan, keharmonian, tetapi juga kelangsungan negara,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI