fbpx

Kedah tersingkir aksi Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA mencatat kemenangan menentang Perak kelmarin, namun ia tidak bermakna apabila tewas secara agregat 3-4 sekali gus terkandas pada aksi kali ini. - FB KDA FC. - FB KDA FC

MOHD. RAFIE AZIMI

JURULATIH Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui hilang kata-kata apabila melihat pasukan bimbingannya tersingkir daripada saingan Piala Malaysia gara-gara kesilapan sendiri ketika kelebihan memihak kepada mereka sewaktu menentang Perak FC di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Menurut Nafuzi, kesilapan sebegitu sering berlaku ketika KDA FC berdepan perlawanan penting sedangkan mereka pada hakikatnya sudah berada di landasan tepat untuk mencapai kemenangan.

Keadaan itu katanya, sering menyebabkan mereka dihukum termasuklah oleh anak-anak buah Yusri Che Lah yang hanya beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh lebih 35 minit, malam tadi.

“Tak ada apa yang boleh saya perkatakan tentang perlawanan ini kerana dari awal sampailah minit-minit terakhir, pemain sudah berikan segalanya. Kita sudah berikan 100 peratus serta menampakkan keinginan dan usaha untuk menang.

“Kami mendahului 2-0 dan ketika itu, kami sudah bersedia untuk masa tambahan. Namun, akibat kesilapan sendiri, kita dihukum. Maka, saya ‘speechless’ (hilang kata-kata),” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu berakhir.

Meskipun mencatat kemenangan 2-1 dalam perlawanan itu, KDA FC tetap gagal layak ke suku akhir kerana mereka tewas 3-4 dari segi agregat kepada Perak, setelah terlebih dulu kalah 1-3 dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Ipoh pada 3 Ogos lalu.

Mengulas lanjut Nafuzi berkata, secara keseluruhannya KDA FC mempamerkan aksi berintensiti tinggi dengan mencipta banyak peluang sejak dari awal permainan.

Namun, para pemainnya dilihat bermasalah dalam membuat keputusan akhir, sekali gus menyebabkan peluang dicipta gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI