fbpx

Jangan semua benda nak dipolitikkan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas ditemui pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF / KOSMO!

PUTRAJAYA – “Dia ni gila ke apa?,” soal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang mungkin akan mencadangkan logo dan tema lain Hari Kebangsaan di empat negeri di bawah PN nanti.

Menurutnya, beliau tidak mahu soal patriotisme seperti logo dan tema Hari Kebangsaan itu dipolitikkan.

“Ini bukan soal politik, sebaliknya soal bendera dan perayaan Hari Kebangsaan adalah agenda nasional. Jadi, saya fikir jangan dipolitikkan perkara ini.

“Saya fikir dia tidak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikapnya yang jumud (berfikiran sempit) begitu,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini, hari ini.

Katanya, beliau menasihatkan Ahmad Fadhli supaya tidak mempolitikkan semua perkara termasuk perayaaan Hari Kebangsaan.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mencadangkan tema dan logo Hari Kemerdekaan Ke-66 yang berbeza dengan seperti diumumkan Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI