fbpx

Hadiah kemenangan atlet sukan negara wajar dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bergambar bersama peserta pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan mahu insentif dan ganjaran kemenangan kepada atlet sukan negara yang meraih pingat dalam kejohanan sukan di luar negara dinaikkan sebagai pembakar semangat mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengenai perkara itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) berkata, kerajaan mendapati ganjaran yang diberikan ketika ini secara relatifnya sangat kecil.

“Ada negara yang terbelakang dari kita, wang tunai yang mereka tawarkan tinggi sekitar RM150,000 dan kita pula terlalu kecil daripada itu.

“Saya dah bincang dengan Mohamad Norza dan penajaan akan diteruskan untuk meningkatkan ganjaran kepada atlet itu,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini, hari ini.

Katanya, hadiah kemenangan yang tinggi juga boleh meningkatkan semangat atlet untuk berusaha bersungguh dalam sukan yang diwakili. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI