fbpx

Dua maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Kuala Kangsar di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 2.15 pagi itu, mangsa, S. Narayanan, 32, dan rakannya, R. Manimanan, 36, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki yang melalui Jalan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh.

Katanya, semasa sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang elektrik di pembahagi tengah jalan.

“Nahas itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kenderaan. Pemandu dan penumpang hadapan bagaimanapun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang berusia 31 tahun cedera parah dan kini dirawat di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat hari ini.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI