fbpx

Buat kerja rumah, Hafreez Adam dilabel calon suami idaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFREEZ ADAM

PETALING JAYA – Perkongsian pelakon Hafreez Adam melakukan kerja-kerja rumah menarik perhatian peminat laman sosial apabila pantas dilabel sebagai calon suami idaman.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan dalam Instagram miliknya, dia berkongsi kegiatannya seperti memasak, membasuh dan melipat pakaian serta mencuci tandas.

Sekadar gurauan, Hafreez memberi bayangan suatu hari nanti jika dia mendirikan rumah tangga, dia akan melakukan semua kerja-kerja rumah itu demi isterinya.

“Bukan takut, tapi sayang (isteri),” tulis Hafreez, 33.

Perkongsian mencuit hati pelakon yang pernah membintangi drama Tarik Aku Ke Syurga itu sekali gus menuai perhatian peminatnya terutama dalam kalangan wanita apabila mengidam untuk memiliki suami sepertinya.

Rata-rata menganggap bahawa pelakon itu boleh menjadi calon suami idaman kerana rajin dan boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah.

“Beruntung siapa kahwin dengan Hafreez Adam pandai segala-galanya dan rajin,” ujar seorang netizen.

“Rajinnya. Boleh nampak material seorang calon suami,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Calon menantu idaman mentua,” usik seorang netizen.

Hafreez yang sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Zara Zya selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2018.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin selepas masing-masing membuat keputusan untuk berpisah sebulan kemudian pada 2019.

Pada tahun 2021, Hafreez kemudiannya digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Azar Azmi sebelum hubungan mereka tiba-tiba sepi tanpa sebarang perkembangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI