fbpx

Bruno Major teruja kembali bikin konsert di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUNO MAJOR sekali berpeluang mengadakan persembahan di Malaysia, malam ini di Zepp KL. - M. FIRDAUS M. JOHARI

SELEPAS kali pertama berkunjung ke Malaysia mengadakan konsert pada 2018, penyanyi dan komposer asal England, Bruno Major teruja dan gembira apabila sekali lagi hadir menghiburkan peminatnya menerusi konsert jelajah, Tour of Planet Earth pada malam ini.

Tanpa rasa lelah walaupun baru sahaja menghiburkan peminatnya di Jakarta, Indonesia pada malam semalam, penyanyi berusia 35 tahun itu tetap bersemangat memberikan yang terbaik buat para peminat yang akan menyaksikan persembahannya bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Major ketika ditemui semasa sidang medianya hari ini berkata, selain mahu mengubat kerinduan peminatnya di Malaysia, dia juga mahu memperkenalkan kemunculan album ketiganya, Columbo yang belum pernah diperkenalkan di negara ini.

“Kali terakhir saya datang ke Malaysia adalah pada 2018 untuk mengadakan konsert. Selepas lima tahun, saya kembali lagi ke sini bukan saya untuk mengubati peminat, tetapi juga untuk memperkenalkan album saya yang ketiga, Columbo,” ujarnya.

Walaupun baru selesai mengadakan persembahan di Jakarta, semalam, penyanyi yang terkenal dengan lantunan lagu bergenra soul itu tetap menjanjikan persembahan berbeza buat peminatnya di sini.

“Saya baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Jakarta pada malam semalam. Untuk persembahan malam, saya boleh janjikan mutu yang lebih bertenaga.

“Tentang jumlah lagu yang bakal saya nyanyikan nanti, saya sendiri tidak pasti. Mungkin 18 buah lagu,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, penyanyi itu turut memberitahu dia tidak akan melupakan lagu-lagu popularnya daripada dua album terdahulu iaitu To Let A good Thing Die dan A Song for Every Moon, istimewa untuk peminatnya di sini.

“Saya juga bakal menyanyikan lagu-lagu daripada dua album terdahulu untuk peminat di Malaysia, selain daripada mempromosikan album ketiga saya,” katanya.

Major yang popular menerusi lagu-lagu seperti Easily, Places We Won’t Walk dan Nothing sememangnya seorang penyanyi dan penulis lagu yang memiliki jiwa ‘realistik’ untuk menghasilkan lagu bertemakan cinta, namun disampaikan dalam bentuk moden yang lebih dekat di hati pendengar.

Konsert Tour of Planet Earth yang dibawakan istimewa oleh Shiraz Projects memulakan siri jelajahnya di Tokyo, Jepun pada 8 Ogos lalu, selepas konsert yang sepatutnya berlangsung pada 2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Konsert jelajah Tour of Planet Earth yang dibawakan istimewa oleh Shiraz Projects memulakan siri jelajahnya di Tokyo, Jepun pada 8 Ogos lalu, selepas konsert yang sepatutnya berlangsung pada 2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Kuala Lumpur yang menjadi lokasi penutup konsert jelajahnya di Asia, Major yang lebih mahu dikenali sebagai penulis lagu setelah melakukan jelajah konsertnya di Korea, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia sepanjang bulan Ogos.

Kemudian, penyanyi itu bakal meneruskan lagi konsert jelajahnya di Amerika Syarikat dan Kanada pada September hadapan sebelum meneruskan jelajahnya ke beberapa buah negara Eropah pada November nanti.

Konsert istimewanya itu dijangka bakal berakhir pada 23 November nanti di London, England. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI