fbpx

‘Berpeluh’ tengok, Aedy Asyraf tayang bulu dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDIKIT sahaja bukaan pada bahagian dadanya, foto-foto Aedil Ashraf mudah sahaja mengundang komen nakal netizen.

NASIB baik iman Diva masih tebal. Kalau tidak boleh hanyut dibuatnya. Tapi setebal-tebal iman pun, kalau tak betul-betul kental, memang tak kuat juga.

Tolonglah Aedy Asyraf jangan terlalu ‘nakal’ sangat tayang bulu dada awak. Tak baik buat peminat ‘meleleh air liur’ dek tergoda dengan keseksian awak.

Menerusi Instagramnya, kekasih kepada pelakon Amelia Anderson memaparkan beberapa keping foto dirinya dalam keadaan ‘lencun’ berpeluh.

Namun apa yang menarik mata orang ramai adalah bahagian dadanya yang berbulu lagi seksi!

Maka berduyun-duyunlah peminatnya meninggalkan komen-komen nakal mengusik pelakon si pemilik senyuman menggoda itu.

“Bulu-bulu kehidupan,” usik seorang peminatnya.

“Lurah dendam,” komen seorang lagi netizen.

“Tolong lap dulu peluh,” kata seorang lagi pengikutnya.

Nakal betul. Awas ya, Aedy dah berpunya tau!

DIVA: Neelofa oh Neelofa. Siapa suruh sorok muka anak sendiri tapi sibuk kongsi wajah anak orang lain. Bila orang salah, pandai pula buat penafian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI