fbpx

Bercerai tapi akrab, Aziz, Lily berpakat bikin filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PADA usia 61 tahun, Aziz enggan meributkan kepala dengan sensasi masalah rumah tangganya.

TIDAK seperti selebriti lain yang terbuka menghebahkan soal keretakan rumah tangga, lelaki separuh abad, Aziz M. Osman memilih pendekatan menyimpan kemas hal dalam kainnya.

Bagai tiada kemelut malah terlihat baik-baik sahaja seolah-olah tanpa gelora, pengakuan bekas isterinya, Puteri Lily Lokman bahawa mereka sudah berpisah awal bulan lalu nyata mengejutkan.

Bagi pemilik nama lengkap Abdul Aziz Othman @ Yusof, pendekatan tanpa perlu mencanang kisah peribadi secara terperinci dibuat seiring waktu. Pada usia 61 tahun, dia hanya mahu bertenang.

“Saya bukan sembunyikan diri, cuma ini hal peribadi. Tidak perlu orang tahu proses perceraian atau apa yang berlaku antara saya dan bekas isteri.

“Cukuplah, asalkan saya dan anak-anak masih mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat.

“Tiada guna (kongsikan) dalam usia sekarang, apatah lagi saya ada ramai anak,” katanya.

Bagi pengarah filem Lagi-Lagi Senario itu, kehidupan harus diteruskan.

“Kita perlu move on. Saya sangat positif dengan kehidupan kini dan ambil yang terbaik selain pekakkan telinga.

“Perkara membabitkan hal dalaman biarlah kita simpan sendiri. Tidak perlu kecoh, keluarga sahaja yang tahu.

“Tidak penting untuk maklumkan kepada semua dengan apa yang sudah berlaku,” jelasnya lagi yang enggan mengulas lanjut.

BAGI Aziz, perceraiannya bersama Lily tidak akan meruntuhkan ikatan kasih sayang dirinya dengan anak-anak, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhammad Aryan.

Masih berkawan

Meskipun berita perceraiannya didedahkan Lily kepada umum, Aziz enggan ambil kisah selain hanya mahu tumpukan fokus terhadap kerjayanya.

“Hak Lily untuk beritahu dalam Instagram, saya tiada masalah. Bagi saya lama kelamaan orang akan tahu juga perceraian ini.

“Cuma ini hal peribadi. Orang hanya perlu tahu filem apa akan datang atau diploma apa saya dapat,” ujarnya.

Dalam masa sama, pengarah dan penerbit itu mengakui hubungannya bersama bekas isteri masih baik. Kami akan sama-sama merancang untuk membikin sebuah filem.

Lebih melegakan Lily juga masih bertindak selaku pengurusnya.

“Lily masih uruskan kerjaya saya. Kami sedang sama-sama menyiapkan sebuah naskhah baharu berjudul Pendekar Mata Tiga Lawan Enam Celaka.

“Dia adalah penerbit dan saya mengarahkan serta tulis skrip. Hubungan kami tetap lancar.

“Orang kata bila berlaku konflik atau tragedi akan serabut, tapi saya berjaya siapkan skrip nashkah komedi.

“Sangat ironi tapi itu maksudnya minda saya tenang,” tambah pengarah filem XX Ray itu.

Sekat Instagram

Berkaitan isu gurauan Lily dan Aziz tentang hal sekatan Instagram, lelaki kelahiran Singapura itu berkata, dia tidak mahu sebarang unsur negatif mengganggu lingkar kehidupannya.

Disebabkan itu, dia mengambil pendekatan menyekat akaun media sosial sesiapa sahaja yang bercakap perkara negatif.

“Saya akan sekat sesiapa sahaja yang merepek walaupun anak saya. Bila Lily suruh unblock, saya buka balik. Saya tidak benarkan benda negatif dalam hidup saya.

“Sekarang semua orang bercakap tanpa ilmu kerana masing-masing dibenarkan bersuara dalam medium mereka. Jadi, saya cuma nak elakkan benda tak baik,” tutupnya.

Sebelum ini, Lily mengakui pendekahan perceraian mereka harus harus dibut bagi mengelak sebarang fitnah mengenai perhubungannya dengan Aziz.

Hasil 13 tahun hidup bersama, Aziz dan Lily dikurniakan sepasang cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

Merupakan perkahwinan ketiga, Aziz yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nor Aliah Lee dan mempunyai enam orang anak.

Selepas berpisah dengan Aliah, pengarah filem Senario The Movie itu kemudian berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008.

Perkahwinan mereka bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh idah ketika akad nikah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI