fbpx

WLF lonjak bisnes perkayuan, jana jualan cecah RM51j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wei Shien (kanan) melihat sebahagian perabot kayu yang dipamerkan usahawan ketika hadir pada pameran WLF di Kuantan semalam.

KUANTAN – Usahawan industri perkayuan terus memacu pendapatan apabila dapat menghasilkan jualan keseluruhan RM51 juta menerusi penganjuran Pameran Perabot dan Gaya Hidup Berasaskan Kayu (WLF).

Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, daripada jumlah itu, RM3.83 juta melibatkan jualan usahawan di Pahang.

Katanya, sebanyak 20 usahawan kayu terlibat dengan WLF di Pahang selepas ia ditangguhkan pada 2019 akibat Covid-19.

Ia diadakan di Kuala Lumpur (9 Mac) dan akan berlangsung di Johor pada 2 hingga 5 November depan.

“WLF yang diadakan sejak 2016 sangat signifikan membantu usahawan perkayuan.

“Respon daripada peserta dan orang ramai baik dan saya yakin masa hadapan industri kayu negara khususnya kepada pengusaha tempatan terjamin,” katanya pada sidang akhbar di majlis pe­rasmian WLF di sini semalam.

Sementara itu, pengasas Wa­risan Craft Wood di Temerloh, Rohani Md. Piah berkata, pa­meran itu membantunya me­ningkatkan jualan di negeri ini.

Katanya, pameran itu menjadi platform terbaik kepada usahawan kayu untuk mempromosikan produk mereka kepada orang ramai dan mendapat bantuan daripada pihak terbabit dalam industri berkenaan.

“Sebenarnya saya telah beberapa kali menyertai pameran ini termasuk di Kuala Lumpur dan amat menantikan penganjuran seperti ini yang dapat membantu usahawan untuk bangkit dan berdaya maju.

“Alhamdulillah setakat ini terdapat produk saya yang berjaya dijual dan saya berharap ia akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Seorang pengusaha kabinet dapur dan perabot, Kamarul Zaman Shamsudin berkata, dia mendapat impak positif selepas dua dua kali menyertai pameran itu.

Anak jati Kuantan yang memiliki syarikat Dapur Idaman itu berkata, dengan cara ini dia yakin mampu memperkenalkan dan memperluaskan perniagaannya di seluruh negara dan terus berdaya maju.

“Alhamdulillah ramai pelanggan yang datang dan tertarik dengan produk saya, penganjuran program ini amat membantu usahawan khususnya bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan MN Puncak Niaga, Rosman Ghazali berkata, usaha MTIB menganjurkan program sebegini yang membantu usahawan sememangnya amat sesuai de­ngan keadaan ekonomi yang mencabar.

Dia yang berasal dari Pulau Pinang dan mengusahakan perniagaan perabot kayu berkata, ruang promosi yang diberikan sememangnya dapat memastikan jualan berterusan sekali gus memastikan survival usahawan bumiputera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI