fbpx

Sukan Asia: Takraw buru emas bermakna di Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHIR percaya pingat emas Sukan Asia yang diraih nanti apabila menewaskan Thailand lebih bermakna.

SKUAD sepak takraw negara mahu mengatasi Thailand di pentas final Sukan Asia Hangzhou agar pingat emas yang mereka julang pada temasya empat tahun itu lebih bermakna.

Sebelum ini, skuad negara merangkul emas acara regu pada edisi 2018 di Sukan Asia Jakarta-Palembang selepas berjaya bangkit menumbangkan pasukan tuan rumah Indonesia 18-21, 22-20, 21-11.

Bagaimanapun, emas tersebut seakan-akan tidak memberi kepuasan kepada skuad negara kerana peminat sepak takraw menilai lawan sebenar mereka adalah Thailand.

Tekong negara, Mohammad Syahir Mohd. Rosdi berkata, dia dan pasukan teruja apabila edisi 2023 di Hangzhou nanti, Thailand menyertai acara regu berpasukan dan acara regu sekali gus membuka peluang kepada mereka berdepan skuad Gajah Perang tersebut di Sukan Asia.

“Untuk Sukan Asia ini, bila kami dapat tahu Thailand main dua acara regu dan regu berpasukan, bukan saya teruja malahan rakan-rakan lain juga turut teruja.

“Kami memang nak lawan Thailand dan kalau boleh nak berdepan mereka di pentas final. Kami tak nak seperti sebelum ini raih emas dengan mengatasi pasukan lain.

“Peminat sepak takraw negara bila kita dapat raih emas dengan menewaskan pasukan lain selain Thailand mereka ‘kurang’ seronok sedikit.

“Pemain juga sama tidak teruja bila skuad negara meraih emas dengan tidak mengatasi Thailand. Jadi, di Hangzhou nanti kami akan buat terbaik untuk mengatasi Thailand,” katanya.

Ketika ini, seramai 15 pemain negara berlepas ke Thailand untuk menjalani latihan di Ratchaburi serta menyertai Piala Pattaya bagi memperoleh lawan berkualiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI