fbpx

Sri Pahang tagih sentuhan emas Sherman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG import, Kpah Sherman (depan) bakal jadi taruhan utama Sri Pahang untuk merobek gawang Harini Selangor FT pada aksi pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, petang esok. - FB SRI PAHANG

KUANTAN – Sentuhan emas Kpah Sherman bakal jadi taruhan buat Sri Pahang untuk hadapi wakil Liga M3, Harini Selangor FT pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, petang esok.

Bagaimanapun jurulatih dari Singapura itu beri ‘kata dua’ buat anak buahnya supaya mengelak melakukan kesilapan sama seperti perlawanan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, 4 Ogos lalu.

Walaupun memiliki bekal satu gol ketika menang 3-2 pada perlawanan pertama, Fandi akui situasi itu belum lagi selamat memandangkan lawan mereka turut dibarisi pemain berpengalaman.

“Saya boleh sahkan Kpah Sherman akan diturunkan di bahagian serangan pada perlawanan esok bagi mendapatkan jaringan,” katanya.

Selain menagih kualiti Sherman, Fandi akui sedikit lega kerana berpeluang menyenaraikan barisan terbaik dan tiada istilah ‘simpan kuku’ pada aksi dengan lawan dari liga lebih bawah.

“Pada perlawanan pertama, saya menyenaraikan barisan pemain kedua yang menyaksikan perlawanan hampir berkesudahan seri 2-2 sebelum kami berjaya memastikan kemenangan 3-2.

“Dengan persembahan bertenaga yang dipersembahkan lawan, kami tidak boleh leka terutama selepas mendahului. Saya boleh katakan bahawa senarai pemain yang akan berdepan Harini Selangor esok adalah pemain utama termasuk menyenaraikan lima import,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI