fbpx

Serah diri lepas belasah lelaki enggan nyalakan lampu motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang lelaki serah diri di balai polis selepas membelasah seorang individu kerana enggan menerima teguran tidak menyalakan lampu motosikalnya di Jalan Simpang Taman Kelab Ukay Bukit Antarabangsa, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, pengadu lelaki berusia 21 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, setibanya di tempat kejadian suspek, 20, yang menaiki motosikal berada dari arah bertentangan memarahi mangsa kerana tidak membuka lampu.

Katanya, pertengkaran mulut antara mereka berdua berlaku sebelum suspek bertindak menumbuk muka dan mata kiri pengadu.

“Suspek kemudiannya sekali lagi menumbuk mata sebelah kanan mangsa sehingga mengakibatkan cermin mata pengadu pecah dan mengalami kecederaan luka calar di bahagian mata sebelah kanan.

“Punca pertengkaran sehingga mangsa dipukul adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadapnya yang enggan menerima teguran tidak menyalakan lampu motosikal menyebabkan kerugian RM600,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azam, laporan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan minor iaitu sakit di bahagian muka dan luka calar di bahagian atas mata kanan.

“Kita telah menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 11.30 pagi semalam. Reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI