fbpx

Sabah terlalu unggul buat Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Sabah, Rizal Ghazali (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Gabriel Peres. - FB MFL

KOTA KINABALU – Keputusan seri 1-1 dengan Kuching City di Stadium Likas, sebentar tadi sudah memadai buat Sabah untuk melangkah ke suku akhir Piala Malaysia untuk bertemu Perak.

Sebelum perlawanan, Sabah sudah pun sebelah kaki mara ke kelompok lapan terbaik hasil kemenangan 3-0 pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Negeri, 5 Ogos lalu sekaligus layak dengan dengan agregat 4-1.

Terdahulu pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee merehatkan beberapa bintang utamanya seperti Dominic Tan, Stuart Wilkin dan Park Tae-su.

Seakan menyedari tentangan dihadirkan Kuching City, Sabah yang memiliki kelebihan tiga gol dari perlawanan pertama mula menggandakan asakan dan hasilnya, minit ke-27 pemain pertahanan, Rizal Ghazali berjaya meloloskan diri untuk menyambar sepakan percuma Saddil Ramdani.

Walaupun dihidangkan beberapa lagi peluang terbaik, The Rhinos dipalit kecewa untuk memaksa babak pertama berakhir 1-0.

Seakan sedar satu jaringan belum cukup, Sabah terus mengasak namun keghairahan itu mengundang padah apabila Rames Lai Ban Huat kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-58.

Seterusnya, peminat disajikan dengan asakan kasar daripada pemain kedua-dua pasukan hingga memaksa pengadil perlawanan, Ahmad Zuhadi Dzulkifli mengeluarkan beberapa layangan kad kuning. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI