fbpx

Polis penjara budak 10 tahun kencing di belakang kereta ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Latonya mempertikai tindakan polis yang masih menahan anaknya walaupun dia berada di lokasi kejadian. - WHBQ/Latonya Eason/Facebook

JACKSON, MISSISSIPPI – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun di Mississippi dipenjara kerana membuang air kecil di belakang kereta ibunya di tempat letak kereta awam, lapor portal berita India Today semalam.

Penangkapan budak lelaki bernama Quantavious Eason itu mengejutkan ibunya, Latonya Eason yang ketika kejadian, berada di sebuah pejabat peguam di bandar Senatobia untuk mendapatkan nasihat mengenai undang-undang.

Latonya mendakwa, polis pada awalnya memberitahu bahawa mereka akan melepaskan Quantavious dengan amaran, tetapi beberapa anggota lain yang tiba kemudian menangkap anaknya.

“Saya tersentak. Kenapa tangkap seorang kanak-kanak berusia 10 tahun,” kata Latonya. 

Tambahya, kejadian itu menyebabkan anaknya trauma sehingga dia mengelak daripada bertembung dengan polis.

Ketua Polis Senatobia, Richard Chandler berkata, di bawah Undang-undang Akta Mahkamah Belia, penguatkuasa boleh bertindak terhadap kanak-kanak seawal usia tujuh tahun jika mereka ‘memerlukan pengawasan’ atau ‘melakukan perbuatan menyalahi undang-undang’.

Bagaimanapun, Chandler mengaku berlaku kesilapan kerana keberadaan ibu kanak-kanak itu di lokasi kejadian sepatutnya menafikan keperluan untuk membuat tangkapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI