JADI inspirasi untuk kurus! Sepertinya itu yang berlaku kepada Zara Zya apabila dia sekali lagi meraih pujian baru-baru ini selepas memuat naik video catwalk dengan menggayakan busana serba hitam.
Bukan sahaja kejelitaan dipuji tetapi tubuh badan rampingnya turut menuai perhatian ramai sehingga ada yang ingin menjadikannya sumber inspirasi untuk kurus.
Rata-rata netizen tertarik dengan saiz pinggang Zara yang dikatakan persis pinggang kerengga (ramping).
“Aduh, ini yang lebih bersemangat untuk kurus seperti Zara, cantiknya!
“Tolonglah kongsi tips untuk kurus. Kenapalah cantik sangat,” puji netizen.
Walau hanya catwalk, video tersebut meraih lebih 800,000 tontonan dalam TikTok dan 47,000 tanda suka.