fbpx

Perebutan hangat tiga bintang dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bakal memberi saingan sengit dalam perebutan anugerah Pemain Terbaik Eropah selepas membantu City merangkul gelaran trebel musim lalu. - AFP

PARIS – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan tiga pemain yang telah disenarai pendek selaku calon terakhir untuk menerima anugerah Pemain Terbaik Eropah bagi musim 2022/2023.

Tiga pemain yang dinobatkan dalam senarai itu adalah bintang sensasi Argentina, Lionel Messi selain dua tonggak utama Manchester City, Erling Haaland dan Kevin de Bruyne.

Messi dilihat mengharungi musim terbaiknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) apabila membantu pasukan itu menjuarai trofi Ligue 1 selain cemerlang bersama negara kelahirannya, Argentina untuk menjulang Piala Dunia 2022.

Saingan musim lalu juga dilihat yang terakhir buat Messi dalam kancah bola sepak Eropah apabila mengambil keputusan untuk berkelana ke Amerika Syarikat dengan menyertai Inter Miami.

Sementara itu, Sementara itu, Haaland dan De Bruyne pula menjadi nadi utama pasukan The Citizens untuk mencipta sejarah menjulang kejuaraan trebel dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Mereka akan diundi oleh barisan jurulatih profesional di Eropah selain beberapa wartawan sukan yang dipilih oleh UEFA nanti dengan pemenang akan diumumkan secara rasmi pada 31 Ogos depan.

Dalam perkembangan sama, tiga pengendali berpengaruh, Pep Guardiola daripada kelab Manchester City, Simone Inzaghi (Inter Milan) dan Luciano Spalletti (Napoli) pula disenarai pendek untuk anugerah Pengurus Terbaik Eropah musim lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI