fbpx

Pegawai polis ditangkap minta wang tebusan selepas culik budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trung (tengah) dicekup polis pada Selasa lalu kerana menculik seorang budak di Hanoi pada Isnin lepas. - Foto VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Seorang lelaki, Nguyen Duc Trung, 31, yang menculik seorang budak lelaki di Hanoi dan meminta wang tebusan 15 bilion dong (RM2.9 juta) ialah pegawai berpangkat leftenan kanan di Jabatan Polis Wilayah Vinh Phuc, lapor portal berita VNEXPRESS kelmarin.

Duc Trung memberitahu polis Hanoi bahawa dia memiliki banyak hutang. Pegawai polis itu kemudian memandu kereta dengan nombor plat palsu ke pekarangan vila Viet Hung di Daerah Long Bien, kira-kira 60 kilometer (km) dari Vinh Phuc dengan harapan dapat mencuri sesuatu tetapi gagal.

Kegagalan itu menyebabkan dia memutuskan untuk menculik seorang budak lelaki untuk mendapatkan wang tebusan.

Pada Isnin lalu, dia melihat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu berbasikal di pekarangan vila tersebut dan melarikan mangsa. Dia kemudian menghubungi ibu bapa mangsa dengan menggunakan kad Nombor Pengenalan Peribadi (SIM) tidak berdaftar untuk menuntut wang tebusan.

Keluarga budak lelaki itu menghubungi polis dan berjaya mengumpul wang 13 bilion dong. Penculik tersebut meminta ibu budak berkenaan datang bersendirian dengan wang itu, manakala Trung menggunakan pelbagai nombor telefon untuk menghubunginya.

Pada Selasa lalu, dia mengarahkan ibu budak itu memandu ke Jambatan Thanh Tri di Hanoi sebelum menyuruhnya datang ke Pekan Duy Tien dan apabila wanita berkenaan sampai, dia menyuruhnya meletakkan keretanya di tepi jalan serta berjalan ke sudut yang sunyi.

Wanita tersebut berjalan ke arah kereta dan menunjukkan beg berisi wang kepada Trung yang kemudian mengambilnya tetapi penculik itu terus memandu dan hanya melepaskan budak itu tidak lama kemudian.

Pihak polis kemudian tiba dan kejadian berbalas tembakan berlaku, manakala dalam insiden tersebut, seorang anggota pihak berkuasa cedera sebelum suspek berjaya ditangkap. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI