KLANG – Waris dan keluarga penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, tiba di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa ahli keluarga tiba di luar pekarangan jabatan tersebut, kira-kira pukul 8.20 pagi.
Terdahulu, sebuah van jenazah milik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiba dipercayai akan menghantar jenazah arwah ke Sidam, Sungai Petani, Kedah.
Pengesahan lanjut mengenai identiti satu jenazah yang akan diserahkan kepada waris akan dibuat Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam tempoh terdekat.
Lebih 30 pengamal media memenuhi pekarangan Jabatan Forensik bagi mendapatkan perkembangan lanjut urusan tuntutan jenazah 10 mangsa.-KOSMO!ONLINE