KLANG – Jenazah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam akan diserahkan kepada waris hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata identiti mangsa itu hanya akan didedahkan kepada media selepas pihaknya memaklumkan kepada waris.
“Esok pagi (hari ini) akan ada satu jenazah diserahkan kepada waris. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kerana kita perlu hubungi keluarga dahulu sebelum kita dedahkan kepada umum,” katanya ketika ditemui semalam.
Difahamkan satu sidang akhbar lanjut akan diadakan pukul 8.30 pagi ini oleh Hussein di HTAR. -KOSMO!ONLINE