fbpx

Nahas Elmina: Orang ramai tunggu ketibaan jenazah Muhammad Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di pekarangan Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Orang ramai termasuk kenalan dan saudara mara Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, sudah mula berada di pekarangan Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerung, di sini sejak pukul 12 tengah hari ini.

Jiran Allahyarham Muhammad Hafiz, Mohd Nazri Jamaludin, 49, berkata, dia bersama anak kariah masjid sudah mula bergotong-royong membuat persiapan sejak awal pagi tadi.

“Di sini ada khairat kematian, jadi selepas dimaklumkan jenazah akan dibawa balik, kami bahagi tugas masing-masing.

“Liang lahad sudah mula dikorek kira-kira pukul 9 pagi tadi menggunakan jengkaut dan mengambil masa kira-kira sejam. Khemah pun sudah dipasang, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, Allahyarham Muhamad Hafiz dikenali sebagai seorang yang berperwatakan tenang dan mudah didekati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI