fbpx

Nahas Elmina: Keluarga rayu henti sebar video Allahyarham Muhamad Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakan-rakan baik Allahyarham Muhamad Hafiz tidak dapat menahan sebak ketika hadir ke majlis pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

SUNGAI PETANI – Ahli keluarga kepada Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, merayu kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar dan video arwah dalam kejadian menyayat hati tersebut.

Adik arwah, Noorhidayah Saleh, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan insan disayangi dalam sekelip mata.

“Saya nak minta tolong jasa baik seluruh rakyat Malaysia yang masih menyebarkan gambar video abang saya, saya mohon tolong lah padam dan hentikan sebar. Kita tak tahu yang Allah nak jemput dia dengan cara macam tu, minta jaga perasaan keluarga.

“Kami sebenarnya masih terkejut sebab dia abang sulung dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan abang, saya ucapkan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik kalian,” katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah Muhamad Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorhidayah berkata, dia bersyukur kerana urusan membawa pulang serta pengebumian arwah abangnya berjalan lancar walaupun tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke sana.

“Kami bertolak pada Khamis malam dengan niat nak ambil  jenazah abang bawa balik, tiada niat lain tapi sampai sahaja di sana, semua urusan sangat dipermudahkan.

“Allah permudahkan segalanya. Sudah tertulis begini cara dia kembali kepada Allah, ramai yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir,” ujarnya.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang telah berlaku walaupun bakal mengadakan majlis perkahwinannya minggu hadapan.

“Majlis akas nikah saya dijadualkan pada 25 Ogos dan majlis perkahwinan pada 26 Ogos, namun selepas apa yang berlaku, kami sekeluarga belum tahu lagi sama ada hendak meneruskan majlis itu atau sebaliknya.

“Ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, dia balik bercuti dan kami berbincang tentang majlis perkahwinan saya, arwah ada cakap nak balik awal rupanya memang awal betul dia ‘balik’,” ujarnya.

Katanya lagi, arwah abangnya seorang yang sangat baik dan mementingkan keluarga.

“Dia pernah cakap tak pa tak ada duit tapi dia bahagia dengan cara dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI