SUNGAI PETANI – Jenazah penghantar motosikal, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Kampung Jerung, di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz disemadikan pada pukul 3.45 petang tadi selepas selesai solat jenazah di masjid tersebut.
Lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir antaranya Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek.
Penghantar makanan itu merupakan jenazah pertama yang dikenal pasti identitinya dan dibenarkan dituntut oleh ahli keluarga.
Arwah Muhammad Hafiz merupakan antara 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.
Ketika kejadian, jet peribadi tersebut membawa enam penumpang dan dua kru termasuk seorang juruterbang. Dua lagi mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan. -KOSMO! ONLINE