fbpx

Nahas Elmina: Isteri ADUN Pelangai tiba di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maziah (tengah) ketika hadir di Jabatan Forensik HTAR hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini.

Datin Seri Maziah Samsudin hadir dengan menaiki sebuah kenderaan dengan diiringi beberapa individu memasuki kawasan itu, pada pukul 11 pagi tadi.

Difahamkan, pertemuan turut diadakan bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar bagi mendapatkan maklumat terbaharu mengenai jenazah suaminya.

Hussein ketika ditemui mengesahkan kehadiran ahli keluarga ADUN itu dan tujuannya adalah untuk mengambil keterangan.

“Segala urusan tuntutan jenazah akan dimaklumkan selepas menerima pengesahan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI