fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: Baki semua 9 jenazah diserahkan kepada waris esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) akan diserahkan kepada warisnya, esok.

KLANG – Baki sembilan jenazah nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) akan diserahkan kepada warisnya, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penyerahan itu dilakukan secara berperingkat bermula pukul 9 pagi.

Katanya, ini selepas padanan dapat dilakukan terhadap semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Kita telah buat keputusan dan kenal pasti semua identiti mayat perolehi tempat pencarian tersebut.

“Esok pagi kita akan serahkan jenazah bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR, malam ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya akan memaklumkan kepada para waris dan ahli keluarga mangsa.

Ujarnya, jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan selepas diaturkan tempat perkuburan diaturkan pihak keluarga.

“Ada satu dua prosedur perlu diuruskan wakil waris pada malam ini iaitu perlu membuat laporan polis.

“Pegawai penyiasat akan menghubungi wakil untuk menjelaskan bagaimana laporan polis dibuat ( bagi membawa keluar mayat). Ini seterusnya memudahkan penyerahan jenazah kepada waris,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI