fbpx

Nahas Elmina: Anthony Loke ziarah keluarga Sharipuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony menziarahi keluarga pemandu e-hailing yang terkorban dalam insiden pesawat terhempas di Elmina.

PETALING JAYA -Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook Anthony Loke hari ini menziarahi keluarga pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, yang terkorban dalam insiden pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Khamis lalu.

Menerusi Facebook rasmi, beliau turut berkongsi sekeping gambarnya bersama keluarga mangsa.

“Pagi ini, saya menziarahi dan menyampaikan sedikit bantuan peribadi kepada keluarga salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dua hari lalu.

“Mangsa tersebut merupakan pemandu e-hailing yang kebetulan melalui tapak nahas semasa kemalangan berlaku,”tulisnya.

Menurut Anthony, wakil syarikat Grab turut hadir bersama dan akan membantu proses tuntutan insurans kepada keluarga mangsa.

“Nahas tersebut amat tragis dan menyedihkan. Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk membantu dalam aspek kebajikan keluarga mangsa.

“Salam takziah kepada semua keluarga mangsa-mangsa yang terkorban,”katanya -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI