fbpx

Mymy buat duit jahit, sewa baju Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mymy Suriana menunjukkan baju bertemakan Jalur Gemilang untuk disewakan ketika ditemui di Kampung Pulau Kundor, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang wa­nita mengambil inisiatif menambah pendapatan de­ngan menjahit lebih 100 helai baju kanak-kanak bertemakan Jalur Gemilang untuk disewakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Selain membuat sewaan baju, Mymy Suriana Zahari, 33, juga mengambil tempahan rekaan baju bertemakan Hari Merdeka sejak tahun lalu.

“Ia bermula apabila saya menjahit dua helai gaun Jalur Gemilang untuk dipakai dua anak pada pertandingan baju patriotik di sekolah pada tahun lalu.

“Kedua-dua anak saya mendapat tempat kedua dan ketiga pada pertandingan tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Kundor di sini semalam.

Menurut Mymy Suriana, sejak itu ramai jiran dan guru sekolah mula menempah dan kebanyakan mereka menyewa kostum itu untuk anak-anak pada sam­butan Hari Kemerdekaan di pe­ringkat sekolah.

Tambahnya, dia ­menjahit lebih 100 pasang baju untuk disewa pada RM25 sehari, manakala tanjak pula dijual RM28 dan cekak sanggul antara RM10 hingga RM15.

“Ada yang datang sewa dari Pasir Mas, Bachok dan Tum­pat. Semua baju boleh dipakai kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun,” katanya yang mempunyai pengalaman sebagai tukang jahit selama 10 tahun.

Ujar Mymy Suriana, setiap pasang baju dijual antara RM60 hingga RM90. Dia turut menjual baju Melayu, kurung, tanjak dan cekak sanggul Jalur Gemilang.

“Ada juga yang membuat tempahan secara online. Saya amat gembira apabila baju rekaan saya menang dalam pertandingan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI