fbpx

Nahas Elmina: Mujur Tuhan gerakkan hati guru untuk pecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran wanita tersebut di laman TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita bersyukur dua orang anaknya selamat walaupun hampir menjadi korban nahas kapal terbang ringan di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini, Khamis lalu.

Menurut sebuah hantaran di laman TikTok, wanita tersebut menyuarakan rasa syukur dan terima kasihnya ada guru tadika anak-anaknya yang menekan pedal minyak ketika terdengar bunyi enjin pesawat berdekatan dengan kereta.

“Saya hampir kehilangan anak-anak semalam (Khamis) namun mereka dilindungi Allah. Mujur Tuhan gerakkan hati teacher (guru) untuk pecut.

“Rasa sebak bila dia (guru) beritahu, hati dia cuma ingat anak di belakang. Pada waktu itu, hanya nyawa anak saya dalam fikirannya,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah wanita tersebut, gurunya sedang dalam perjalanan untuk menghantar anak-anaknya pulang ke rumah.

Dalam video kamera papan pemuka yang dikongsikan oleh wanita sama, kapal terbang tersebut terhempas hanya beberapa meter daripada kenderaan yang dipandu guru tersebut.

“Lebih menyedihkan, anak saya tidak pandai bercakap. Dia tidak boleh bercerita macam kanak-kanak lain.

“Dia cuma sebut, ‘teacher, boom’ itu sahaja,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina.

Kesemua mangsa yang maut adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan, 41, dan Heikal Aras Abdul Azim (45).

Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Muhammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).

Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin Shaari (51). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI