fbpx

Muhyiddin umum calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahruddin (tiga dari kanan) mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Perikatan Nasional bagi menghadapi PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram di Pejabat PN Taman Scientex, Senai Kulai disini. Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan memperkenalkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu depan.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, calon tersebut akan diumumkan oleh
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu selepas pucuk pimpinan di peringkat pusat memuktamadkan perkara itu.

“Setakat ini, kita tunggu Pusat memberi isyarat untuk PN Johor menyusun dan menyiapkan majlis pengumuman calon nanti.

“Daripada 15 nama calon yang diserahkan, pucuk pimpinan telah menyenarai pendek calon tersebut dan calon yang dipilih akan dimuktamadkan selepas peringkat pusat membuat keputusan.

“Lokasi dan tarikh akan kita umumkan dalam masa terdekat, dijangkakan pengumuman akan diadakan di kawasan Parlimen Pulai dalam masa terdekat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Bersatu Johor, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI