fbpx

Lelaki gila talak tikam bekas isteri, mayat ditinggal di kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat Aidah. - Potret 24

JAKARTA – Seorang wanita di Rokan Hilir, wilayah Riau ditemui meninggal dunia di sebuah ladang kelapa sawit akibat ditikam berkali-kali oleh bekas suaminya selepas mangsa enggan rujuk kembali, lapor laman berita Antara News semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Polis Rokan Hilir, Ricky Michael Mandey berkata, kes pembunuhan itu terbongkar setelah mayat Aidah, 50, ditemukan dalam keadaan reput Rabu lalu.

Berdasarkan pakaian yang dipakai, keluarga mangsa percaya mayat yang ditemui adalah Aidah yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah. Mangsa dipercayai dihubungi bekas suaminya, A, 50, setelah lapan bulan berpisah.

“Mangsa memberitahu keluarganya bahawa dia ingin bertemu bekas suaminya, tetapi dia tidak pulang ke rumah. Ketika dihubungi, A mengaku tidak bertemu mangsa,” jelas Ricky.

Ketika operasi, A kemudian ditemui bersembunyi di sebuah ladang kelapa sawit. Dia mengaku menikam mangsa menggunakan pisau pada bahagian leher, lengan, kepala, pipi dan dagu.

“Suspek mengaku disakiti mangsa kerana dia tidak dipedulikan lagi. Suspek mahu rujuk semula, tetapi bekas isterinya menolak. Itulah punca suspek membunuh mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah, Raja Putra Napitupulu.

Jelas Raja, suspek menikam badan mangsa bertubi-tubi selepas mereka bertengkar. Selepas mangsa meninggal dunia, suspek terus membuang pisau dan melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI