ISLAMABAD – Seorang lelaki berusia 110 tahun di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan tular selepas dia berkahwin dengan seorang wanita berusia 55 tahun, lapor laman berita Propakistani.
Walaupun sudah berusia tiga angka, Abdul Hanan Swati nekad mencari isteri dan berkahwin buat kali keempat.
Anak lelaki sulung Abdul Hanan yang kini berusia 70 tahun dilaporkan sudah mempunyai 84 ahli keluarga termasuk enam anak lelaki, enam anak perempuan dan berpuluh-puluh cucu sertacicit.
Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di sebuah masjid, manakala mas kahwin yang ditetapkan adalah sebanyak Rs 5,000 (RM78).
Majlis itu dihadiri anak-anak Abdul Hanan serta berpuluh-puluh cucu dan cicitnya. Video yang memaparkan kemeriahan majlis itu tular di media sosial. – Agensi